Khamis, 15 Ogos 2013

Pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO

Posted by Ajib Abu Bakar On 10:29 PTG | No comments

     Berbagai cerita yang kita dengar tentang cara baru untuk pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO yang mana masing-masing mula menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan sama ada di peringkat Bahagian mahupun Malaysia. Rata-rata yang ada masih baru dalam kancah politik dan ada tak sampai setahun pun ada hati nak bertanding walaupun tahu mereka tidak layak menduduki kerusi tersebut.

Semuanya bercerita nak "memajukan orang melayu" dengan dasar-dasar yang dibawa tapi bagai tiada kesedaran pada diri mereka yang mana masing-masing tidak menyebut bagaimana cara mereka hendak MELAKSANAKANNYA. Bila ditanya ada yang tak mampu untuk menjawab soalan seperti yang diingini. Ada yang menjawab dengan panjang lebar tanpa menerangkan perlaksanaan ataupun rangka bagaimana sesuatu masalah itu dapat diatasi. Ada juga jawapan yang diberi hanya sekadar mengisi masa terluang seperti berbincang di kedai kopi.

Semua mereka ini lupa tentang ahli-ahli pemuda diperingkat cawangan yang mana mereka ini sebenarnya nadi kepada pergerakan Pemuda itu sendiri....

Blogroll

About