Ahad, 10 Mac 2013

Tanda-Tanda Sebelum Meninggal Dunia

Posted by Ajib Abu Bakar On 9:47 PG | 1 comment

Tanda-tanda Sebelum Kita Meninggal Dunia
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda
pertama dari Allah kepada hambanya dan
hanya akan disedari oleh mereka-mereka
yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini
cuma sama ada mereka sedar atau tidak
sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya
selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari
hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan
mengigil.
40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga
akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian
pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada
ketika ini daun yang tertulis nama kita akan
gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy
Allah. Maka malaikat maut akan mengambil
daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia
akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikat maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan
merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini
akan diberikan hanya kepada mereka yang
diuji dengan musibah kesakitan di mana
orang sakit yang tidak makan secara tiba-
tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini
akan terasa denyutan di bahagian tengah
dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut
kita tidak mengandungi banyak najis dan ini
akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata
hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-
lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita
melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya
akan layu dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak
kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan
jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian – Akan berlaku
sesudah waktu Asar di mana kita akan
merasakan satu denyutan di sebelah
belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di
mana ini menandakan kita tidak akan sempat
untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.
Hari kematian – Akan berlaku keadaan di
mana kita akan merasakan satu keadaan
sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun
ke pinggang dan seterusnya akan naik ke
bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita
terus mengucap kalimah syahadah dan
berdiam diri dan menantikan kedatangan
malaikat maut untuk menjemput kita kembali
kepada Allah yang telah menghidupkan kita
dan sekarang akan mematikan pula.

1 ulasan:

Blogroll

About